Helo Para Zenonia,

Telah seketika waktu, jadi mari kami bantu anda untuk menyediakan diri bagi pengembaraan yang akan datang!

JALAN CERITA
Wira, yang telah jatuh ke dalam dunia ini dengan kehilangan ingatan masa lalunya, telah ditelan masuk ke dalam Perang Hebat di antara golongan Celestial dan Dragoon. Gadis yang telah jatuh bersamanya ke dalam dunia ini menggelar dirinya sebagai 'malaikat penjaga' wira tersebut, namun wira tersebut tidak mengingati apa-apa tentangnya. Sementara itu, golongan Celestial membuat spekulasi bahawa gadis tersebut seperti ada kaitan kepada peperangan itu... Sertai wira tersebut bersama malaikat penjaganya ke pengembaraan mereka untuk membongkar kebenaran di sebalik peperangan itu!

MOD PERMAINAN

PERINGKAT: Mara melalui misi-misi dan kuatkan watak anda dengan memburu raksasa. Anda boleh memperolehi 'peralatan' dan 'elemen' di sini.


SERBUAN: Tewaskan bos serbuan dalam masa-sebenar bersama pemain lain! Bawa sehingga 4 watak ke pertempuran. Anda boleh memperolehi 'Permata' yang diperlukan untuk meningkatkan kuasa peralatan anda.


MENARA PARI-PARI: Selesaikan satu bahagian di dalam menara pari-pari untuk mendapatkan 'Debu Pari-Pari' bagi pertumbuhan pari-pari anda, dan 'Batu Jiwa' untuk membangkitkan kuasa tersembunyi watak anda. Anda boleh membawa wira seorang kawan ke dalam pertempuran apabila menggunakan mod ini.


GELOMBANG RAKSASA: Tewaskan seberapa banyak raksasa yang mungkin dalam jumlah masa yang terhad untuk menerima Emas dan 'Batu Naik Taraf' bagi menaik taraf peralatan anda. Ganjaran akan dianugerahkan mengikut pangkat yang telah anda capai bagi setiap minggu.


ARENA: Tempur bersama wira-wira para Zenonia yang lain. Anda akan diberikan 'aksesori-aksesori' sebagai ganjaran. Cuba untuk mendapat pangkat yang lebih tinggi untuk menerima 'pari-pari' sebagai bonus.



Bersedia untuk menjadi seorang legenda semula?